Pengenalan
Apabila membincangkan sesuatu mengenai Geografi, pasti
ramai yang mengaitkannya dengan alam sekitar atau alam di sekeliling kita.
Dalam bidang Geografi, ia dibahagikan kepada dua cabang utama iaitu Geografi
Fizikal dan juga Geografi Manusia. Bidang Geografi Fizikal lebih memberi penekanan
terhadap unsur-unsur alam seperti tanah, udara, batuan, matahari, air,
tumbuhan, dan banyak lagi unsur alam yang lain. Manakala, Geografi Manusia pula
lebih menekankan tentang aktiviti-aktiviti manusia dan kesan-kesan aktiviti
tersebut terhadap muka bumi, sosial, politik, dan juga ekonomi.
Apabila kita menyentuh persoalan yang berkaitan dengan
proses-proses yang berlaku di dalam sungai terutamanya dari segi lembangan
sungai dan proses enapan yang berlaku di dalam sungai itu ia adalah berkaitan
dengan geografi fizikal yang berkait rapat dengan alam sekitar. Terdapat empat
sub-bidang utama yang sentiasa diberi penekanan dalam geografi fizikal ini
iaitu Iklim dan Cuaca, Hidrologi,Geomoforlogi, dan Biogeografi. Bagi bidang
iklim dan cuaca ia merangkumi kemarau, hujan, banjir, ribut dan sebagainya.
Hidrologi pula berkaitan dengan proses-proses yang berlaku disebabkan oleh
tindakan air seperti sungai, tasik, kolam, proses hujan, kualiti air, dan
sebagainya. Bidang geomoforlogi pula, berkait rapat dengan proses-proses
batuan, kerak bumi serta hakisan dan banyak lagi manakala bidang biogegrafi
pula berkaitan dengan hidupan, mikroorganisma, dan benda-benda lain yang hidup
di muka bumi ini. Kesemua sub-bidang berkait rapat antara satu asam lain. Geografi
fizikal dibentuk oleh lima komponen utama iaitu Atmosfera, Biosfera,
Hidrosfera, Litosfera dan Pedosfera.
Lembangan Sungai dan Proses
Endapan
Lembangan
sungai merujuk kepada kawasan tanah dari
mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai,
sungai-sungai utama, dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu
kuala, muara atau delta (Jabatan Pengairan Dan Saliran, 2015). Menurut Lambert
& David (1998), lembangan atau dikenali juga sebagai lembangan perparitan
adalah sebuah kawasan tadahan air yang luas sumber airnya iaitu daripada air
hujan dan peleburan salji atau ais yang mengalir pada satu titik dan akhirnya
akan bergabung dengan saliran atau kawasan berair yang lain seperti sungai,
tasik, takungan, muara, paya, laut, dan lautan. Istilah lain untuk
menggambarkan lembangan adalah tadahan air, kawasan tadahan air, lembangan
tadahan, kawasan saliran, lembangan air, dan lembangan sungai.
Proses endapan boleh jug dikenali
sebagai proses sedimentasi. Proses sedimentasi berlaku apabila bahan yang
terhakis akibat daripada agen penghakis seperti air, angin, atau glasier dibawa
ke sesuatu kawasan yang lain dan dimendapkan. Semua bahan yang dimendapkan ini
lama kelamaan akan bergabung dan bercantum menjadi batuan endapan. Proses
endapan ini berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Bahan endapan
di dalam sungai adalah hasil daripada kesan hakisan yang berlaku di kawasan
tadahan sungai itu. bahan endapan ini kemudian diangkut oleh aliran sungai dan
dimendapkan di kawasan muara sungai yang mempunyai halaju air yang rendah.
Latar Belakang Sungai
Lembangan sungai yang dipilih ialah lembangan
sungai Kelantan. Sungai Kelantan adalah satu sungai utama di Kelantan,
Malaysia. Kawasan takungannya seluas kira-kira 11,900 km² yang berada di timur
laut Malaysia termasuk sebahagian daripada Taman Negara, dan mengalir ke arah
Laut China Selatan. Taburan hujan di kawasan ini adalah di antara 0 mm semasa
musim kemarau (Mac-Mei) hingga 1750 mm semasa musim tengkujuh
(November-Januari). Purata hakisan daripada kawasan ini adalah 500 m³/s Sungai
Kelantan ini merupakan sungai utama dan terpanjang di negeri Kelantan
iaitu sepanjang 248km. Sungai Kelantan berfungsi sebagai jalan
pengangkutan air kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan sekitar sungai.
Segelintir penduduk di negeri Kelantan masih menggunakan sungai sebagai
jalan pengangkutan utama terutamanya di sepanjang sungai Kelantan. Sungai ini
melalui empat bandar penting dinegeri Kelantan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah,
Kuala Krai dan ibu negeri Kota Bharu, yang terletak di muara sungai serta terus
mengalir menuju ke muara yang terdapat beberapa pulau di sungai ini.
Berdasarkan profil sungai
yang telah dihasilkan, keputusan telah dapat dibuat di mana semakin bertambah
ketinggian sungai Kelantan atau semakin bertambah kedalaman sungai Kelantan
tersebut, maka semakin panjang sungai Kelantan ini. Perkara ini dapat
dijelaskan apabila hulu sungai tersebut yang bermula terhasil adalah berada
pada kedudukan yang sangat tinggi dan berada di kawasan bukit bukau. Maka
apabila kedudukan yang tinggi akan mempunyai kecerunan yang sangat ketara juga.
Oleh sebab itu,perkara ini akan menggalakkan lagi sesuatu sungai tersebut dapat
mengalir ke tempat yang lebih jauh dan panjang sungai tersebut dapat dihasilkan
adalah lebih jauh. Hal ini kerana sungai menjadi panjang akibat daripada
kelajuan arus air. Umum kita ketahui bahawa apabila ketinggian sesuatu bukit
tersebut adalah sangat tinggi, maka secara logiknya kecerunan yang terhasil
adalah sangat besar. Perkara ini telah membuktikan bahawa semakin besar
kecerunan sesuatu bukit, maka semakin cepat pengaliran air yang dapat
dihasilkan. Kawasan yang curam kadar larian airnya adalah tinggi dan kadar yang
tinggi ini akan menyebabkan hakisan berlaku dengan giat. Hakisan ini bukan
sahaja dapat memanjangkan sungai malah ia dapat melebarkan dan mendalam sungai.
Oleh sebab itu, apabila pengaliran air yang halajunya sangat tinggi, maka hakisan
akan berlaku terutama disepanjang lereng-lereng sungai tersebut. Jadi proses
hakisan ini akan membawa bahan hakisan bersamanya dan pemendapan pada muara
sungai juga akan berlaku. Hal ini kerana kadar halaju air di muara lebih rendah
berbanding dengan kawasan hulu sungai. Akibat daripada proses pemendapan ini,
ia akan merendahkan lagi sesuatu sungai tersebut akibat daripada hasil
pemendapan sungai tadi dan ini juga boleh menyebabkan sungai tersebut semakin
hilang. Akibat daripada pemendapan ini menyebabkan dasar sungai menjadi semakin
tinggi dan sungai menjadi cetek.
Selain
daripada itu, hakisan yang berlaku tadi juga akan menyebabkan kedudukan bukit
yang tinggi akan menjadi sama rata dengan ketiadaannya sudut kecerunan. Ini
juga akan menyebabkan sungai tersebut hilang akibat daripada kesamaan tanah
rata dan menyababkan takungan berlaku. Selain itu, ini juga akan menghasilkan
proses-proses yang baru dimana akan menyebabkan tasik atau kolam yang dapat
dihasilkan. Bukan setakat itu sahaja, hakisan sungai juga boleh menggalakkan
kelebaran sungai itu semakin lebar dan akan menyebabkan struktur-struktur lain
seperti vegetasi akan mulai pupus.
Pada
masa yang sama, terdapat juga bentuk-bentuk geomorfologi lain yang wujud di
sepanjang Sungai Kelantan akibat proses hakisan dan mendapan. Bentuk yang
dimaksudkan adalah kewujudan beting-beting pasir yang sangat aktif
pembentukannya kerana jumlahnya yang agak banyak dan saiz beting pasir yang
agak besar kerana sangat ketara sehingga ia dapat dilihat di dalam peta. Bagi
melihat dengan lebih jelas gambaran tentang lembangan sungai Kelantan ini kita
dapat melihat dalam rajah dibawah.
Rajah 3.0 : Garisan biru menunjukkan lembangan sungai Kelantan
Proses dan Ciri-Ciri Lembangan Sungai Kelantan
Proses-proses
yang berlaku ini juga merupakan ciri-ciri tentang profil lembangan sungai
Kelantan. Proses-proses ini berlaku dalam tiga peringkat iaitu peringkat hulu
sungai, peringkat pertengahan sungai, dan peringkat muara atau hilir sungai.
Kita boleh melihat pada peringkat pertama iaitu peringkat hulu sungai. Keadaan
kawasan dihulu sungai ini adalah berbukit dan tanah tinggi. Kawasan yang
berbukit ini akan menghasilkan lurah sungai yang bercerun curam. Oleh sebab ia
curam menyebabkan kadar tarikan graviti tinggi dan menghasilkan arus sungai
yang deras. Akibat arus yang laju dan deras ini menyebabkan berlakunya proses
hakisan menegak secara giat. Proses ini didorong oleh halaju arus air dan
menyebabkan kadar hakisan tinggi. Akibat daripada proses hakisan menegak ini
telah mewujudkan jenis sungai yang mempunyai reka bentuk yang kecil iaitu
lebarnya sempit dan lurahnya dalam. Lurah yang terhasil daripada proses ini
berbentuk ‘v’. Di kawasan ini kita akan dapat melihat banyak terjadinya kawasan
jeram dan air terjun kerana arus air akan turun melalui batuan granit yang
tidak menyerap air. Apabila ia sampai di kawasan jeram atau gaung air akan
tetap mengalir dan menghasilkan air terjun. Kawasan ini mengalami pola saliran
jenis jejari yang akan menuruni bukit melalui semua arah. Cawangan sungai ini
akn bercmtum dengan sungai lain di bawah. Sebagai contoh kita boleh melihat
kepada gambarajah 4.1.1 di bawah.

Rajah 4.1.1 :
Pola Saliran Jenis Jejari
Pada peringkat pertengahan sungai
pula, kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang mendatar dan tidak mempunyai
cerun. Walaubagaimana pun kawasan ini tidak mempunyai cerun tetapi aliran
halaju airnya masih lagi deras walaupun kawasan ini lebih landau berbanding di
peringkat hulu sungai. Kebiasaannya bentuk muka bumi di peringkat ini adalah
seperti tanah pamah dan bukit bukau. Halaju air ini sememangnya deras tetapi
akibat daripada pengankutan bahan yang terlalu banyak dari peringkat hulu
menyebabkan kadar pemendapan lebih tinggi berbanding kadar hakisan. Akibat
daripada proses pemendapan ini menyenbabkan wujudnya likuan sungai. Selalunya
aliran kawasan ini akan giat menjalankan proses hakisan, pengangkutan, dan
pemendapan. Dalam ketiga-tiga proses
ini, proses yang paling giat sekali adalah proses pengankutan. Arus yang deras
dikawasan landai ini akan menghasilkan sungai yang berbentuk cerun lurahnya
sederhana landai dan berbentuk ‘u’.
Peringkat yang terakhir ialah
peringkat hilir atau muara. Pada peringkat ini air sungai menjalankan proses
pemendapan yang sangat giat. Hal ini demikian kerana di kawasan ini sungai
tidak lagi mempunyai cerun dan berada pada kawasan yang landai. Oleh sebab
tidak mempunyai cerun menyebabkan aliran air sungai menjadi perlahan. Akibat
daripada proses pemendapan ini telah menghasilkan benruk sungai yang bercerun
landai dan berbentuk ‘u’ yang sangat lebar. Ciri-ciri muka bumi hasil daripada
pemendapan dihilir sungai ialah mewujudkan delta, dataran banjir, Tua, dan juga
beting pasir. Semua sungai akan bercantum ke sungai utama iaitu sungai Kelantan
ini kerana pola saliran di sungai ini berbentuk reranting dimana semua sungai
akan bercantum disungai utama untuk bergerak menuju kelaut. Sebagai contoh pola
saliran reranting kita boleh melihat kepada rajah 4.1.2 dibawah.
Rajah 4.1.2 :
Pola saliran jenis reranting
Proses Hakisan Sungai
Proses
hakisan sungai berlaku dalam empat bentuk iaitu pergerakan jisim, tindakan
hidraulik, geseran dan langgaran. Pertama ialah proses pergerakan jisim, proses
hakisan melalui perherakan jisim ini giat di tebing sungai terutama tebing
sungai yang curam. Perkara ini berlaku akibat daripada tarikan graviti bumi.
Bagi kawasan yang mempunyai kurang cengkaman daripada rumput dan pokok akan
lebih mudah terhakis akibat daripada pergerakan jisim ini. Kedua ialah
tindakaan hidraulik, tindakan ini adalah tindakan yang diakibatkan oleh
tindakan air. Ia merupakan tindakan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu
sendiri tanpa melibat bahan yang dibawa. Ia telah wujud akibat daripada
hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur geologi sungai yang lemah
dan mempunyai rekahan-rekahan. Proses ini banyak bergantung kepada isipadu dan
halaju air sungai.
Ketiga ialah proses geseran. Geseran
adalah proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai
akibat bergeser dengan bahan-bahan yang dibawa bersama oleh arus sungai. Ia
bergantung kepada kekerasan bahan muatan. Semakin keras bahan muatan semakin
tinggi kadar hakisan. Terakhir ialah proses perlanggaran. Ia adalah proses
pelanggaran antara bahan yang dibawa oleh air sungai dengan tebing dan dasar sungai.
Akibat daripada kejadian tersebut, dinding atau dasar sungai mengalami hakisan
dan retakan. Proses ini bergantung kepada kekerasan dan kelembutan bahan
material yang dibawa sama oleh air sungai.halaju srus sungai juga mempengauhi
keberkesanan dalam pelanggaran. Bahan-bahan yang keras dibawa oleh air sungai
akan mempergiatkan hakisan dan retakan tebing sungai. Manakala, halaju srus
sungai yang laju menghasilkan daya dan momentum yang kuat, justeru
mempercepatkan dalam proses hakisan tebing dan dasar sungai.
Pertalian Antara Ciri Lembangan dan Proses Pengankutan Endapan Yang Berlaku
Ciri
lembangan memang berkait rapat dengan proses pengankutan endapan yang berlaku
di sepanjang sungai. Bermula dari hulu bahan endapan terhasil akibat daripada
proses hakisan yang kuat oleh air terhadap dasar dan tebing sungai. Lembangan
sungai yang berada dihulu mempunyai kecerunan yang tinggi kerana kebanyakan
rupa bumi fizikalnya adalah berbukit dan di kawasan tanah tinggi. Sumber air
yang datang dari hulu sungai Kelantan ini ialah daripada hujan dan tasik yang
berada di hulu sungai. Hujan yang lebat akan turun dikawasan hulu sungai iaitu
di kawasan berbukit, air hujan yang turun ke atas permukaan bukit akan turun ke
bawah akibat tarikan graviti. Punca air di sungai Kelantan ini adalah bermula
di kawasan Gunung Ulu Sepat iaitu kawasan tertinggi dalam lembangan sungai ini.
Kawasan ini adalah kawasan yang paling banyak menghasilkan bahan endapan dalam
air sungai kerana arus sungai ini lebih laju menyebabkan kadar hakisan tinggi.
Proses hakisan di kawasan ini adalah proses hakisan secara menegak kerana kebanyakan
laluan air di kawasan ini akan melalui kawasan air terjun. Bahan bahan endapan
yang di bawa oleh air dari kawasan ini adalah seperti tanah, kelodak, pepejal
terampai, dan juga bahan lain yang akan menjadi batuan apabila berlaku
pemendapan. Oleh itu ia menunjukkan bahawa ciri bentuk rupa bumi di hulu sungai
ini merupakan punca utama bahan endapan sebelum ia diangkut ke muara atau hilir
sungai.
Seterusnya ialah di kawasan landai atau pada peringkat
pertengahan kadar halaju air telah berkurang namun pergerakannya masih laju dan
boleh menghakis kawasan sungai itu lagi. Di kawasan ini proses endapan telah
mula berlaku bagi bahan yang berat seperti batuan yang mempunyai ketumpatan
yang tinggi. Hal ini kerana akibat mempunyai ketumpatan batuan tersebut akan
ditarik oleh tarikan graviti dan termendap di kawasan itu. Namun begitu apabila
halaju air meningkat batuan itu boleh juga diangkut ke muara sungai melalui
proses golekan. Proses pemendapan di kawasan ini lebih tinggi berbanding proses
hakisan. Oleh itu, batuan yang berat akan dimendapkan manakala batuan yang
ringan seperti kelodak, lumpur, dan debu akan diangkut secara terus melalui
arus air ke muara sungai. Namun begitu kita perlu mengetahui bahawa pada
peringkat ini proses yang paling giat berlaku adalah proses pengankutan bahan.
Proses pengankutan bahan bergantung kepada halaju air. Apabila bercakap
mengenai proses pengankutan kita perlu tahu bahawa terdapat enam proses
pengankutan bahan endapan yang berlaku semasa aliran sungai dari hulu ke hilir
terutaman di pertengahan sungai iaitu proses apungan, proses ampaian, proses
golekan, proses loncatan, proses larutan dan juga proses seretan. Proses
apungan adalah bermasud bahan yang di angkut di dalam sungai itu berlaku secara
apungan. Hal ini berlaku ketas bahan yang ringan dan mudah terapung seperti
kayu, daun, dan kelodak serta bahan lain yang mempunyai daya apungan yang
tinggi. Seterusnya adalah cara ampaian yang merujuk kepada bahan-bahan yang di
angkut di dalam sungai yang hamper ke permukaan air. Proses ini melibatkan
bahan-bahan yang ringan seperti habuk dan debu dan ianya akan terampai di dalam
air berhampiran dengan permukaan. Kemudian adalah cara golekan yang merujuk
kepada pergerakan bahan secara bergolek di dalam sungai. Proses ini sering
terjadi kepada bahan yang mempunyai berat dan berada di dasar sungai. Bahan
yang bergerak secara golek ini kebiasaannya berbentuk bulat dan mempnyai berat
kernaa ia bergolek di dasar sungai. Proses keempat pula ialah melalui cara
loncatan atau lompatan. Berbeza dengan golekan proses ini memerlukan jenis
bahan yang berbentuk berliku-liku atau bersegi untuk membuat ia melompat di
dalam air. Batuan ini bergerak secara melompat di dasar sungai. Kelima ialah
proses pengankutan secara larutan. Larutan ini sering berlaku keatas batuan
yang mudah terlarut seperti batu kapur dan dolomit yang terlarut akibat air
sungai. Pengankutan secara larutan dapat dibuktikan melalui perubahan warna
rasa dan bau air sungai. Akhir sekali ialah pengankutan melalui cara seretan.
Seretan ini berlaku kepada bahan yang besar dan berat seperti batu tongkol dan
ia berlaku secara perlahan di dasar sungai.
Seterusnya
ialah proses endapan yang berlaku pada peringkat muara sungai. Di kawasan ini
proses hakisan tidak lagi berlaku kerana arus air adlah perlahan dan keluasan
sungai yang tinggi. Air akan mengalir secara perlahan turun menuju ke Laut
China Selatan. Pada peringkat ini proses yang paling dominan ialah proses
pemendapan. Semua bahan yang melalui proses pengankutan di hulu dan tengah
sungai akan di mendapkan dikawasan di hilir sungai ini. Secara umumnya proses
yang berlaku disepanjang sungai akan menghasilkan satu pandang darat yang baru
seperti yang kita dapat lihat dalam rajah 3.2.1 di bawah ini.
Rajah 3.2.1 : Rupa bentuk
lembangan sungai
Noraini
Misnan & Main Rindam, 2012. Morfometri
Lembangan Sungai-Sungai Utama Di Pulau Pinang. Pusat Pengajian Pendidikan
Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Goh
Cheng Leong, 2005. Atlas Sumber Dalam
Geografi Fizikal, Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Amat
Airin Demun, 1997. Hidraulik Saluran
Terbuka Dengan Penggunaan Komputer, Kuala Lumpur. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
J.
Bogen, T. Fergus, & D.E. Walling, 2003. Erosion
And Sediment Transport Measurement In Rivers : Technological and Methodological
Advances,Wallingford,UK. International Association of Hydrological Sciences
Publication.
Raymond
J. Batalla & Celco Garcia, 2005. Geomorphological
Processes and Human Impacts in River Basins,Wallingford, UK. International
Association of Hydrological Sciences Publication.
Ta
Wee, S., & Ariffin, R. (2011). Kajian
terhadap struktur bagi mengawal hakisan dan banjir di tepi sungai Kelantan
Soh,
Z. A. (1972). MORPHOMETRY OF PART OF KELANTAN RIVER CATCHMENT. Sains
Malaysiana: Jernal Sains Alam Semula Jadi, 1(1), 59.
Droppo,
I. G., & Jaskot, C. (1995). Impact of river transport characteristics on
contaminant sampling error and design. Environmental science & technology,
29(1), 161-170.