Definisi
Kitar semula
Menurut
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan sisa pepejal itu diproses
dan dijadikan produk yang sama dan baharu. Secara mudahnya kitar semula ini
adalah satu proses yang mengubah bahan-bahan yang sepatutnya telah menjadi sisa
buangan kepada produk yang mempunyai nilai. Sebagai tambahannya kitar semula
ini menjadi sumber yang baik kepada alam sekitar, faedah sosial kepada manusia
dan sumber-sumber kewangan juga. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah
seperti kaca, kertas, plastic dan besi atau tin. Bahan-bahan ini akan dikumpul
untuk diasingkan mengikut jenisnya dan akan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukar bahan yang menjadi sisa itu kepada bahan atau produk yang baharu dan
boleh digunakan semula. Dalam erti sebenar mengitar semula bahan buangan akan
menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama , sebagai contoh kertas pejabat
terpakai akan dikitar semula bagi menghasilkan kertas pejabat yang baharu atau
polysterin terpakai akan dikitar semula dan menghasilkan polysterin yang
baharu. Bagaimanapun perkara ini seringkali dikatakan terlalu sukar dan terlalu
mahal untuk dilakukan berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari
bahan mentah atau sumber lain, dengan itu kebanyakan barang atau bahan ‘kitar
semula’ sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain
contohnya kadbod.
Kitar
semula merupakan satu cara yang baik kepada untuk mendapatkan hasil yang
positif kepada dunia yang kita diami ini. Hal ini kerana dunia yang kita diami
ini semakin sakit akibat pencemaran yang telah kita lakukan sendiri. Oleh itu,
kitar semula ini adalah satu proses yang amat baik untuk kita manusia dan juga
alam sekitar. Kita seharusnya bertindak pantas dalam melakukan kaedah ini
kerana setiap hari didapati pembuangan sisa pepejal ini semakin hari semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Jika kita tidak melakukan aktiviti kitar
semula ini maka bumi kita ini akan dipenuhi dengan sampah yang akan memberi
kesan yang buruk kepada kita dan juga alam sekitar. Jumlah sisa pepejal ini
semakin meningkat adalah kerana peningkatan dalam kekayaan dan pendapatan
masyarakat yang mana mendorong orang ramai membeli lebih banyak produk dan
menyebabkan banyak sisa pepejal yang akan dihasilkan. Peningkatan populasi juga
meenyebabkan masalah peningkatan sisa pepejal di negara kita. Kilang-kilang
juga telh menggunakan teknologi pembungkusan yang menggunakan bahan yang tidak
boleh dilupuskan atau bahan tidak biodegradasi. Perubahan gaya hidup masyarakat
juga menyebabkan berlakunya peningkatan sisa pepejal ini kerana dengan
penghasilan lebih banyak makanan-makanan segera yang kebanyakannya menggunakan
bahan pembungkusan yang tidak boleh dilupuskan.
No comments:
Post a Comment